Powered By Blogger

Sunday, October 24, 2010

PROGRAM KHUSUS BIOENERGI SYIFA' UL HIKMAH IHSAN ALAMI



BIOENERGI ALAMIAH DAN ILAHIAH.



Program khusus bagi anda yang serius untuk menjadi Ahli Terapi Penyembuhan Bioenergi berasaskan energi murni Alamiah dan Ilahiah yang mampu berikhtiar untuk menangani pelbagai penyakit medis serta non-medis melalui pelbagai teknik serta terapi Husada yang efektif serta ampuh, Insya’-Allah. Program ini adalah berasaskan bioenergi Alamiah serta Ilahiah yang didayakan oleh Asma’ Agung Allah, Doa-doa Pilihan Asy-Syifa’ dan Surah-surah serta Ayat-ayat Lazim dengan tanpa bersandar kepada sebarang andalan khodam kafir, jin, syaithan dan lain-lain pengaruh kebiasaan yang negatif serta menyesatkan, hanya kepada Allah S.W.T jua. Insya’-Allah, melalui program ini anda akan diisi dengan pelbagai materi iaitu:-



- Teknik Bioenergi Alamiah dan Ilahiah Asma’ Agung Allah (Bioenergi Alam Semesta dan Qur’ani).

- Teknik Terapi Bedah Asmaul Husna – Metafisika Qur’ani:- Teknik-teknik lengkap proses awal dan akhir tahap demi tahap untuk memindahkan pelbagai penyakit medis dan non-medis ke media air, garam, telur dan haiwan seperti ayam atau kambing.

- Teknik Transfer Bioenergi Magnetisme Ilahiah ke media air, kapsul dan lain-lain sebagai sarana penyembuhan pelbagai penyakit medis dan non-medis.

- Teknik Transfer Bioenergi Husada khusus untuk ikhtiar penyembuhan pelbagai penyakit secara jarak jauh.

- Teknik Terapi Totok Syifa’ul Hikmah khusus untuk ikhtiar penyembuhan pelbagai penyakit medis dan non-medis.

- Teknik Terapi Mu’jizah Ilahiah khusus untuk ikhtiar penyembuhan luka-luka.

- Teknik Ruqyah Syarriah – Mu’jizah Ilahiah khusus untuk terapi kerasukan jin-jin jahat.

- Teknik Terapi Asy-Syifa’ khusus untuk ikhtiar penyembuhan dari serangan sihir melalui media telur.

- Teknik Terapi Kumkum Zikrullah khusus untuk ikhtiar penyembuhan penyakit seperti depresi, mudah migraine, keletihan dan sebagainya serta sebagai ikhtiar penyembuhan dari serangan sihir dan ilmu hitam. Juga bermanfaat untuk menghimpunkan bioenergi alamiah khusus untuk kecantikan dalaman, karisma, bedah aura peribadi dan sebagainya.

- Teknik Tradisi Terapi Asy-Syifa’ khusus untuk ikhtiar penyembuhan pelbagai penyakit seperti stroke, lumpuh, rheumatic, penyakit saraf, alergi kronik dan sebagainya.

- Teknik Terapi Gurah khusus untuk ikhtiar pembersihan saluran pernafasan yang bermanfaat untuk permasaalahan asma, permasaalahan tenggorokkan, permasaalahan pernafasan dan sebagainya serta bermanfaat sebagai terapi suara untuk para penyanyi, qari, penceramah dan sebagainya.

- Teknik Terapi khusus untuk permasaalahan hubungan suami isteri serta multi-orgasme.

- Teknik Terapi Bikir khusus untuk urusan keperawanan wanita, Teknik Terapi payudara khusus untuk wanita dan Teknik Terapi Gurah Gigi.

- Teknik Terapi Tirta Husada dengan transfer Bioenergi Alamiah serta Ruqyah Mu’jizah Ilahiah kepada media air dan sebagainya khusus untuk ikhtiar penyembuhan penyakit medis dan non-medis.

- Teknik Terapi Mu’jizah Qur’ani khusus untuk ikhtiar penyembuhan penyakit medis dan non-medis bertahun yang sangat sulit untuk disembuhkan.

- Amalan Keselamatan Al-Hikmah Mu’jizah Ilahiah khusus untuk ikhtiar perlindungan zahir dan batin, Amalan Al-Hikmah Wahyu Agung, Amalan Mustika Al-Hikmah Agung Al-Arsy dan Amalan Al-Hikmah Jalbur Rizqi.



Fidyah TERIMA BERSIH Tanpa Ritual Khusus- RM550 (HANYA UNTUK TEMPOH TERTENTU SAHAJA).



Sebarang pertanyaan hendaklah dilangsungkan terus kepada pihak kami. Maaf! Kami hanya akan melayani segala pertanyaan dari mereka yang serius sahaja untuk mengikuti program khusus kami ini. Program ini boleh dilakukan secara hadir ke tempat kami, juga secara jarak jauh melalui pos setelah temujanji dimeterai antara kedua belah pihak. Sila telefon terus pihak kami untuk memudahkan segala urusan pertanyaan.



“Sesungguhnya, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”





Ki Panjalin Sukmo Mir Shazli Shafei

IHSAN ALAMI MALAYSIA

No. hp:- +60176273577





“ADDU’AA-U SILAHUL MU’MIN”

WALLAHU’ALAM...

Thursday, May 6, 2010

PONTIANAK MENGAMUK

Kisah-kisah pontianak ni dah sinonim sangat dengan masyarakat kita selalu je kita dengar cerita menakutkan pasal pontianak.
Sebagai seorang perawat saya ada pengalaman tersendiri dalam menghadapi pontianak.Kisah nya bermula bila satu malam saya tengah buat ritual untuk rawatan jarak jauh.Tiba-tiba muncul lima lembaga putih muncul dengan rambut panjang kusut masai.Saya pun tegur diaorang apa buat kat sini tapi takde jawapan lembaga-lembaga putih cuma berdiri terhenggot-henggot macam zombie layaknya.Aher nya saya kasi warning kalau takde urusan kat sini dipersilakan keluar dari bilik.Eh...Herannya lembaga-lembaga putih yang lebih mirip macam pontianak tu beratur keluar dari bilik.Taat pulak mereka akan perintah hamba.Saya kira peristiwa mlm tu habis begitu saja rupanya esok mlm diaorg datang balik.

Kisah nya begini pada keesokan malam lebih kurang jam satu pagi putera saya yang berumur 6 tahun kejutkan saya nak mintak temankan pegi bilik air.Yelah saya pun temankan dia tak lama kemudian isteri saya pun menyusul nak join kencing sama.Dalam menunggu ibunya putera saya berdiri kat luar bilik air keadaan masa tu agak gelap biasaklah nak jimat elektrik :).Tiba-tiba je putera saya betempik...'Maakkk..!!!!' terus berlari mendapatkan ibunya.Saya pun bengang tengok anak saya melompat mendakap ibunya serupa ngan scooby doo.Putera saya ketakutan sambil menyebut...'Baju putih'...'Baju putih'...Eh dah lain macam ni saya pun keluar dari bilik air tengok apa benda yang baju putih yang menakutkan anak saya.

Hmm sekali betul la ada benda putih teperap kat luar tu ini pontianak apa tak nya anak saya melompat ketakutan tanpa buang masa saya lepaskan pukulan jurus tenaga dalam sekelip mata je benda tu hilang.Habis kes...saya bawak isteri dan anak ke dalam bilik tidur.Baru je nak rebahkan badan tetiba tedengar pulak suara bising dan gelombang energy yang menderu-deru menuju ke arah saya.Dengan sigap saya bangun dan bersedia ancaman yang datang.Laa...rupanya pontianak datang lagi kali ni bawak geng 5 ekor sekali.Teringat pula peristiwa semalam 5 ekor pontianak datang melawat.Ini macam kalu dah bukan melawat atau tesesat tapi di hantar oleh seseorang untuk menghancurkan kita.

Petempuran dahsyat memang tak terelakkan macam biasa saya kasi lepas pukulan-pukulan tenaga dalam.Tiap kali lepaskan pukulan tenaga dalam mesti diaorang mengelak melompat ke kiri ke kanan atas dan bawah memang gesit pergerakan mereka dah macam dalam cerita kartun pulak.Dalam 15 minit betempur berjaya juga saya tumpaskan 4 ekor pontianak...last sekali sekor pontianak turun melayang dari atas duduk bedepanan dengan saya dalam jarak 10 kaki.Ini mesti ketua dia.

Pemandangan yang aneh terjadi pontianak tu menggerak-gerakkan tangannya umpama membuka jurus-jurus pukulan ghaib.Ceh...pontianak pun pandai main jurus gak sungguh itu pengalaman yang baru bagi saya.
Tanpa buang masa saya ikut gak buka jurus kali ni siap rapalkan Ilmu Pemungkas tingkat tinggi dapat dipastikan kalau saya kalah dalam adu Ilmu ni padah akan menimpa saya.Kami melepaskan jurus masing-masing serentak dua gelombang energy bertembung menghasilkan getaran yang kuat.Saya sendiri sempat merasa bergetar akibat petembungan energy tu.Saya tengok pontianak tu hancur bekeping-keping tamat dah riwayat pontianak yang ganas.Malam tu saya panjatkan kesyukuran pada tuhan kerana melindungi saya daripada malapetaka.Begitulah antara pengalaman sebagai perawat yang saya yakin perawat-perawat lain pun mengalami pengalaman tersendiri dalam menghadapi gangguan daripada jin dan syaitan.