Powered By Blogger

Thursday, May 6, 2010

PONTIANAK MENGAMUK

Kisah-kisah pontianak ni dah sinonim sangat dengan masyarakat kita selalu je kita dengar cerita menakutkan pasal pontianak.
Sebagai seorang perawat saya ada pengalaman tersendiri dalam menghadapi pontianak.Kisah nya bermula bila satu malam saya tengah buat ritual untuk rawatan jarak jauh.Tiba-tiba muncul lima lembaga putih muncul dengan rambut panjang kusut masai.Saya pun tegur diaorang apa buat kat sini tapi takde jawapan lembaga-lembaga putih cuma berdiri terhenggot-henggot macam zombie layaknya.Aher nya saya kasi warning kalau takde urusan kat sini dipersilakan keluar dari bilik.Eh...Herannya lembaga-lembaga putih yang lebih mirip macam pontianak tu beratur keluar dari bilik.Taat pulak mereka akan perintah hamba.Saya kira peristiwa mlm tu habis begitu saja rupanya esok mlm diaorg datang balik.

Kisah nya begini pada keesokan malam lebih kurang jam satu pagi putera saya yang berumur 6 tahun kejutkan saya nak mintak temankan pegi bilik air.Yelah saya pun temankan dia tak lama kemudian isteri saya pun menyusul nak join kencing sama.Dalam menunggu ibunya putera saya berdiri kat luar bilik air keadaan masa tu agak gelap biasaklah nak jimat elektrik :).Tiba-tiba je putera saya betempik...'Maakkk..!!!!' terus berlari mendapatkan ibunya.Saya pun bengang tengok anak saya melompat mendakap ibunya serupa ngan scooby doo.Putera saya ketakutan sambil menyebut...'Baju putih'...'Baju putih'...Eh dah lain macam ni saya pun keluar dari bilik air tengok apa benda yang baju putih yang menakutkan anak saya.

Hmm sekali betul la ada benda putih teperap kat luar tu ini pontianak apa tak nya anak saya melompat ketakutan tanpa buang masa saya lepaskan pukulan jurus tenaga dalam sekelip mata je benda tu hilang.Habis kes...saya bawak isteri dan anak ke dalam bilik tidur.Baru je nak rebahkan badan tetiba tedengar pulak suara bising dan gelombang energy yang menderu-deru menuju ke arah saya.Dengan sigap saya bangun dan bersedia ancaman yang datang.Laa...rupanya pontianak datang lagi kali ni bawak geng 5 ekor sekali.Teringat pula peristiwa semalam 5 ekor pontianak datang melawat.Ini macam kalu dah bukan melawat atau tesesat tapi di hantar oleh seseorang untuk menghancurkan kita.

Petempuran dahsyat memang tak terelakkan macam biasa saya kasi lepas pukulan-pukulan tenaga dalam.Tiap kali lepaskan pukulan tenaga dalam mesti diaorang mengelak melompat ke kiri ke kanan atas dan bawah memang gesit pergerakan mereka dah macam dalam cerita kartun pulak.Dalam 15 minit betempur berjaya juga saya tumpaskan 4 ekor pontianak...last sekali sekor pontianak turun melayang dari atas duduk bedepanan dengan saya dalam jarak 10 kaki.Ini mesti ketua dia.

Pemandangan yang aneh terjadi pontianak tu menggerak-gerakkan tangannya umpama membuka jurus-jurus pukulan ghaib.Ceh...pontianak pun pandai main jurus gak sungguh itu pengalaman yang baru bagi saya.
Tanpa buang masa saya ikut gak buka jurus kali ni siap rapalkan Ilmu Pemungkas tingkat tinggi dapat dipastikan kalau saya kalah dalam adu Ilmu ni padah akan menimpa saya.Kami melepaskan jurus masing-masing serentak dua gelombang energy bertembung menghasilkan getaran yang kuat.Saya sendiri sempat merasa bergetar akibat petembungan energy tu.Saya tengok pontianak tu hancur bekeping-keping tamat dah riwayat pontianak yang ganas.Malam tu saya panjatkan kesyukuran pada tuhan kerana melindungi saya daripada malapetaka.Begitulah antara pengalaman sebagai perawat yang saya yakin perawat-perawat lain pun mengalami pengalaman tersendiri dalam menghadapi gangguan daripada jin dan syaitan.